my solemnization day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Rabu, 11 Mac 2009

...Usah Kau Resah...



Usah kau resah…

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh itu kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dan tidak juga hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya bersinar, maka manfaatkan hari ini sebaik-baiknya.Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya.Jangan ditanyakan khabar beritanya dan jangan pula kita menunggu saat itu.Sebab hari ini kita sudah tenggelam dengan kesibukan.

Tahun ini umurku bakal menjejak 27 tahun…bagi sesetengah orang akan mengatakan usia itu sudah lanjut..patut dah ada anak 3..namun, hari-hari yang aku lalui bukan mudah..bicara soal perkahwinan selalu menjadi topik utama di kalangan saudara-saudaraku dan teman-temanku…acapkali topik ini jadi bahan bualan…kelambatan menemui jodoh sering menghambat fikiran tapi lama-kelamaan aku sendiri mengerti dan aku pohon mereka juga memahami…

Ada sesetengah sahabat-sahabatku sama ada wanita mahupun lelaki sering mengadu resah nasib diri yang masih belum bertemu jodoh.Mereka mengadu nasib sedangkan aku sendiri pun belum bertemu pasangan hidup yang serasi di saat ni.Nak aku tergelak tapi aku tahan.Biarlah mereka meluahkan rasa, asalkan hati mereka terubat buat seketika.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl, ayat 1:
Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan…..”

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Insyirah, ayat 1:
“Alam Nasyrah laka sadhrak..”
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu..”

Apalah perlunya gelisah sekiranya lambat bertemu jodoh…kenapalah hati perlu resah jika suatu hari nanti bergelar andartu bagi wanita atau bujang terlajak bagi orang lelaki..sedangkan kita tahu Allah telah menetapkan jodoh setiap hamba-Nya sejak di loh mahfuz lagi.Kita tidak tahu apa rahsia Allah…

Kenapa sukar bertemu jodoh?
Sejak di dalam perut ibu lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita.Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah.Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha mencari jodoh yang terbaik buat kita.

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan.Perkahwinan adalah penting.Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia yang memerlukan pasangan dalam hidupnya.Oleh itu merancang satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil.Mencari jodoh adalah hal yang penting.Siapakah bakal suami atau isteri yang hendak dipilih?Yang mana kalau tersalah pilih maka akibatnya amatlah buruk.Terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia dan akhirat.Tiada kebahagiaan dan kasih sayang.

Rasullullah SAW telah berpesan syarat memilih pasangan hidup.Sabda baginda, “Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana harta, rupa, keturunan dan agamanya.Maka pilihlah yang baik agamanya. Syarat ini penting ketika memilih suami juga.

Seperti yang kita lihat senario zaman ini, penceraian berlaku seperti manusia perlu makan nasi setiap hari.Terlalu mudah dan senang talak dilafazkan tanpa berfikir secara rasional.Mengapa perkara sebegini berlaku?Adakah mereka terlupa janji-janji yang dilafazkan semasa akad nikah dahulu?Atau mereka terlupa mengikut syarat memilih pasangan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW?

Sebab itu bila ada sahabat mengatakan:
“perkahwinan penting sebab itu fitrah manusia.”
“jangan terlalu memilih.kahwin je lah orang dah masuk meminang tu..”
“Perkahwinan itu besar fadilatnya”.
“Kau tak tahu hukum agama ke?”
“Kau tak faham…”

Inilah yang aku dengar dan lalui dan setelah itu aku mencari kembali sesuatu yang aku pernah terbaca suatu ketika dulu… aku dapat, baca dan kaji dari sebuah buku agama….

“Pernikahan dan perkahwinan bukan sesuatu yang fardhu.Tidak ada dosa kepada seseorang yang tidak berkahwin selama mana dia tidak menentang sunnah Rasul ini.Sekarang atau akan datang kita akan berkahwin bukanlah masalah utama.Namun paling penting apa yang mesti dilakukan adalah mengisi detik-detik penantian ini dengan aktiviti-aktiviti positif sebagai persiapan menghadapi hari-hari mendatang.”

Istilah andartu atau bujang terlajak tidak akan sesekali mengganggu gugat perjalanan kehidupan malah tidak akan sama sekali menjadikan aku berpaling dari medan dakwah.Walaupun tiada jodoh di dunia, yakinlah Allah SWT menggantikannya diakhirat sesuai dengan amal kita.

Bagi aku sendiri, biarlah lambat bertemu jodoh seperti kata seorang sahabatku, biarlah lambat asal selamat dan berhati-hati memilih jodoh yang serasi denganku agar tiada penyesalan di kemudian hari.Apalah ertinya perkahwinan andai untuk 1 hari, 12 hari atau sekadar 3 bulan sahaja sedangkan perkahwinan itu sendiri adalah untuk memperkembangkan zuriat yang soleh dan untuk menyempurnakan sebahagian ibadah agama kita.

Bersabar dan berdoa merupaka kunci mutlak untuk menenangkan dan menstabilkan makna seorang muslim. Berdoalah.Dan terus berdoa.Mungkin doa-doa kita tidak dikabulkan segera pada saat itu namun bukankan doa itu adalah suatu ibadah?Semakin banyak doa diungkap semakin banyak pula ibadah dan pahala diperolehi.

Jangan bersedih dan resah.Jangan bersusah hati sekiranya jodoh belum ketemu lagi.Damaikan hati dan sibukkan diri dengan pekerjaan yang bermanfaat di sekeliling kita..

Kepada pencari cinta sejati, pesanan yang aku petik dari kata-kata Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..”Bangkitlah membaiki peribadi, ubatilah hati, keluarlah dari kitaran sengsara yang membelengu diri, moga cinta hakiki akan kau miliki”…InsyaALLAH…

Serangkap petikan lagu dari lagu terbaru Siti Nurhaliza daripada albumya Lentera Timur:


Jenuh sudah merata mencari sirih,
Mencari sirih bertemu urat,
Jenuhlah sudah menantikan kekasih,
Kasih setia sepanjang hayat.

Pergi tak disuruh, datang tak diminta,
Andai sudah jodoh, InsyaALLAH…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan