my solemnization day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Khamis, 11 Ogos 2011

Masih ingat tak lagi...

9 ramadhan 1431H..pada tahun 2009….

Pertemuan pertama kali melalui 3G…pertama kali bertentang mata…pertama kali bersua muka…walaupun sekadar jarak jauh…tapi perkenalan itu seperti sudah lama…

Jiwa yg sudah lama mati dek kerana suatu kehancuran suatu ketika dulu…tiba-tiba kembali terisi…hati berdebar2 bila menatap wajah Adiwira untuk pertama kali…

Saat perkenalan itu dipenuhi rasa gembira..rasa ceria…rasa mesra….

Masih ingat tak lagi pertemuan ini? Setiap hari Adiwira akan menelefon atau 3G Adiratna...

Masih ingat tak lagi Adiwira akan menyibuk tanya ke mana Adiratna pergi…masa tu Adiratna sibuk dan aktif dengan aktiviti sosial ramadhan…Adiratna ada banyak jemputan majlis berbuka puasa…Adiratna ada program singgah sahur di sekitar melaka…Adiratna ada program menderma & membantu orang-orang kurang upaya dan susah di sekitar melaka…Adiratna ada program mengacau dodol di serata tempat…Adiratna ada program berbuka puasa bersama anak yatim dan orang kurang upaya…betapa sibuknya Adiratna ketika itu..dan Adiwira juga laa yang begitu bersabar dan baik hati kerana setiap masa akan menelefon @ menemankan Adiratna dari kejauhan….sehingga akhirnya Adiratna jatuh kasih dengan Adiwira…

Bayangkan Adiratna ada program mengacau dodol…program yg dibuat selepas terawikh..dah tentu laa akan berlanjutan hingga ke sahur…Adiwira pun ikut sama tak tidur (hp Adiwira sentiasa live dgn Adiratna) semata2 mahu menemankan kesibukan Adiratna…

Masih ingat tak lagi..

Ramadhan 1432H pada tahun 2010….

Tahun ini…Adiwira akan pulang ke kampong..masa ni Adiratna menghitung detik demi detik yang berlalu…tak sabar Adiratna untuk bertemu untuk kali kedua selepas pertemuan kali pertama pada Hari Raya Korban tahun 2009. Tahun ini seronok kerana ada 2 keluarga yang akan bertemu… ada 2 keluarga yang akan menjalinkan persaudaraan…

Hati semakin padu…kasih semakin bertaut….janji mula ingin diikat….

18/9/2010 bersamaan 9 syawal…termeterai laa ikatan persahabatan yang dianyam ke simpulan pertunangan setahun yang lalu….

Ramadhan 1433H pada tahun 2011

Kini ramadhan datang lagi….walaupun kami masih berjauhan….jauh dari mata…tapi di hati tetap kukuh rasa kasih sayang yang telah kami baja setiap masa….tipulah kalau Adiratna kata sepanjang perhubungan ini tak ada pasang surutnya….adakala kami bertengkar…adakala kami bergaduh juga…tapi tak pernah lama…Adiratna tahu inilah proses perkenalan kami yang sebenar…kerana gaduh-gaduh manja itu juga kami boleh belajar memahami sikap masing-masing…

Biar tahu sekarang..bukan dah kawen baru tau sikap sebenar supaya tak menyesal di kemudian hari…kata orang2 yang menasihati Adiratna…

Wahai Adiwira ku…

sepanjang kejauhan ini

Yang ada hanya jujur, setia dan rindu….

Tak sesaat pun aku lupa

Mendoakan kesejahteraan dikau…

Terlalu jauh kita di pisahkan…

Tak sesaat pun hati tak rindu…

Terlalu lama kita tidak bersua…

Tak sesaat pun air mata tak pernah tumpah…

Penuh pengharapan dalam doa ku…

Moga segala pengorbanan yang kita lalui…

Bahagia hingga ke akhirnya..

Masihkah kau ingat….

Isnin, 25 Julai 2011

Sang Adiratna Kembali....setelah sekian lama

Assalamualaikum w.b.t...
Adiratna kembali...setelah sekian lama menyepi...
Adiratna telah pergi jauh untuk suatu ketika kerana hati tidak keruan, jiwa berombak gelora, fikiran melayang nun jauh entah ke mana...
Adiratna meniti hari-hari tanpa rasa suka mahupun gembira....yang ada hanya rasa hiba...sehinggalah muncul SANG ADIWIRA yang berjaya mengubat "kesakitan yg menghurung" hidup Adiratna..
Syukurlah Adiratna telah "sembuh" dari kesakitan itu....Bayangkan setiap hari Adiratna termenung dan menangis...walaupun Adiratna maklum qada' dan qadar Allah...tapi "kesakitan" yang Adiratna hadapi seakan-akan membunuh "hidup" Adiratna....
Kini, Adiratna cuba kembali menghidupkan blog yang telah lama sepi ini...Adiratna cuba mencungkil kembali idea-idea, curahan rasa dan jiwa untuk dikongsi bersama...
Harap Adiratna terus bersemangat dan otak Adiratna tidak "stuck"...
InsyaALLAH akan bersambung kembali tinta Adiratna selepas ini....

Selasa, 17 Mac 2009











Sang Adiratna masih ingin bersenandung tentang kisah baitul muslim sementelahan bulan Mac ini merupakan musim cuti sekolah alias musim orang kahwin.Rasanya dekat 5 jemputan perkahwinan pada 15 Mac ini. Aku akan cuba menghadirkan diri walaupun tidak kesemuanya.InsyaALLAH.

Teristimewa aku dedikasikan ucapan “Selamat Pengantin Baru” pada seorang bekas rakan sekerja yang tidak pernah luput di hati…Kekanda ku yang dikasihi Wan Ahmad Ramzi bin Wan Yusuf bersama pasangannya Lily Mawarni Binti Haji Ramli yang telah pun membina mahligai impian meraka pada 8 Mac lalu. Mohon maaf kerana adindamu ini tidak dapat menghadirkan diri namun ku titipkan doa buat kedua mempelai.Semoga mahligai yang dibina kukuh hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Aku dedikasikan juga ucapan istimewa ini kepada seorang sahabat yang bakal membina mahligai impian Mohd Fauzi Sarip bersama pasangannya Salina Mohd Salleh.Semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat barakah dan rahmat-Nya.

Tidak terlewat juga ucapan Selamat Berbahagia kepada Siti Nur’ain Ab Aziz dan suaminya.Walaupun blog ini lambat diterbitkan tapi aku tidak mahu ketinggalan meraikan kedua mempelai yang telah pun melangsungkan perkahwinan pd 24 Januari lalu. Masih boleh digelar pengantin baru. Semoga kalian terus teguh melayari bahtera rumahtangga yang penuh gelora dan badai. Jangan sesekali putus asa seandainya kapal karam seketika, tolaklah dengan sepenuh daya agar bahtera belayar seperti sediakala.

Tidak ketinggalan juga kepada yang sudah berumahtangga dah sehingga saat ini masih berjaya mempertahankan cinta, kasih dan sayang di hati…raikanlah cinta kalian setiap hari…setiap waktu…setiap saat.Setialah sehingga akhir waktu…

Kehidupan rumah tangga ibarat rempah ratus kehidupan harian yang perlu dilihat, dengar dan rasa.Ada suka, duka, syahdu, lentok, miang, pedas, pahit dan manis.Semuanya perlu ditempuhi dengan bijaksana. Sesekali pasti ada yang terkehel.Adatlah, lautan mana yang tak bergelombang, bukit mana yang tak runtuh dan kawasan rendah mana yang tak banjir…

Setiap pasangan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.Ibarat cincin dengan permata.Tanpa permata cincin masih boleh dipakai tetapi seri dan kecantikannya tiada. Hanya mereka yang bersedia dari segi fizikal dan spiritual sahaja akan mampu tersenyum dalam mengharunginya.

Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan.” – Hadis


~~"Jika bahagia cinta dapat diwujudkan dalam perkahwinan, maka terciptalah syurga di atas dunia ini"- William Shakespreare~~








Rabu, 11 Mac 2009

...Usah Kau Resah...



Usah kau resah…

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.Oleh itu kita tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dan tidak juga hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya bersinar, maka manfaatkan hari ini sebaik-baiknya.Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya.Jangan ditanyakan khabar beritanya dan jangan pula kita menunggu saat itu.Sebab hari ini kita sudah tenggelam dengan kesibukan.

Tahun ini umurku bakal menjejak 27 tahun…bagi sesetengah orang akan mengatakan usia itu sudah lanjut..patut dah ada anak 3..namun, hari-hari yang aku lalui bukan mudah..bicara soal perkahwinan selalu menjadi topik utama di kalangan saudara-saudaraku dan teman-temanku…acapkali topik ini jadi bahan bualan…kelambatan menemui jodoh sering menghambat fikiran tapi lama-kelamaan aku sendiri mengerti dan aku pohon mereka juga memahami…

Ada sesetengah sahabat-sahabatku sama ada wanita mahupun lelaki sering mengadu resah nasib diri yang masih belum bertemu jodoh.Mereka mengadu nasib sedangkan aku sendiri pun belum bertemu pasangan hidup yang serasi di saat ni.Nak aku tergelak tapi aku tahan.Biarlah mereka meluahkan rasa, asalkan hati mereka terubat buat seketika.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nahl, ayat 1:
Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan…..”

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Insyirah, ayat 1:
“Alam Nasyrah laka sadhrak..”
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu..”

Apalah perlunya gelisah sekiranya lambat bertemu jodoh…kenapalah hati perlu resah jika suatu hari nanti bergelar andartu bagi wanita atau bujang terlajak bagi orang lelaki..sedangkan kita tahu Allah telah menetapkan jodoh setiap hamba-Nya sejak di loh mahfuz lagi.Kita tidak tahu apa rahsia Allah…

Kenapa sukar bertemu jodoh?
Sejak di dalam perut ibu lagi Allah telah mentakdirkan urusan hidup, jodoh pertemuan dan kematian kita.Kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai masanya untuk kita bertemu jodoh dalam perkiraan Allah.Kita hendaklah berbaik sangka dengan Allah dan jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha mencari jodoh yang terbaik buat kita.

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan Tuhan.Perkahwinan adalah penting.Sesuai dengan fitrah semulajadi manusia yang memerlukan pasangan dalam hidupnya.Oleh itu merancang satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil.Mencari jodoh adalah hal yang penting.Siapakah bakal suami atau isteri yang hendak dipilih?Yang mana kalau tersalah pilih maka akibatnya amatlah buruk.Terpaksa menanggung derita dan seksa di dunia dan akhirat.Tiada kebahagiaan dan kasih sayang.

Rasullullah SAW telah berpesan syarat memilih pasangan hidup.Sabda baginda, “Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana harta, rupa, keturunan dan agamanya.Maka pilihlah yang baik agamanya. Syarat ini penting ketika memilih suami juga.

Seperti yang kita lihat senario zaman ini, penceraian berlaku seperti manusia perlu makan nasi setiap hari.Terlalu mudah dan senang talak dilafazkan tanpa berfikir secara rasional.Mengapa perkara sebegini berlaku?Adakah mereka terlupa janji-janji yang dilafazkan semasa akad nikah dahulu?Atau mereka terlupa mengikut syarat memilih pasangan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW?

Sebab itu bila ada sahabat mengatakan:
“perkahwinan penting sebab itu fitrah manusia.”
“jangan terlalu memilih.kahwin je lah orang dah masuk meminang tu..”
“Perkahwinan itu besar fadilatnya”.
“Kau tak tahu hukum agama ke?”
“Kau tak faham…”

Inilah yang aku dengar dan lalui dan setelah itu aku mencari kembali sesuatu yang aku pernah terbaca suatu ketika dulu… aku dapat, baca dan kaji dari sebuah buku agama….

“Pernikahan dan perkahwinan bukan sesuatu yang fardhu.Tidak ada dosa kepada seseorang yang tidak berkahwin selama mana dia tidak menentang sunnah Rasul ini.Sekarang atau akan datang kita akan berkahwin bukanlah masalah utama.Namun paling penting apa yang mesti dilakukan adalah mengisi detik-detik penantian ini dengan aktiviti-aktiviti positif sebagai persiapan menghadapi hari-hari mendatang.”

Istilah andartu atau bujang terlajak tidak akan sesekali mengganggu gugat perjalanan kehidupan malah tidak akan sama sekali menjadikan aku berpaling dari medan dakwah.Walaupun tiada jodoh di dunia, yakinlah Allah SWT menggantikannya diakhirat sesuai dengan amal kita.

Bagi aku sendiri, biarlah lambat bertemu jodoh seperti kata seorang sahabatku, biarlah lambat asal selamat dan berhati-hati memilih jodoh yang serasi denganku agar tiada penyesalan di kemudian hari.Apalah ertinya perkahwinan andai untuk 1 hari, 12 hari atau sekadar 3 bulan sahaja sedangkan perkahwinan itu sendiri adalah untuk memperkembangkan zuriat yang soleh dan untuk menyempurnakan sebahagian ibadah agama kita.

Bersabar dan berdoa merupaka kunci mutlak untuk menenangkan dan menstabilkan makna seorang muslim. Berdoalah.Dan terus berdoa.Mungkin doa-doa kita tidak dikabulkan segera pada saat itu namun bukankan doa itu adalah suatu ibadah?Semakin banyak doa diungkap semakin banyak pula ibadah dan pahala diperolehi.

Jangan bersedih dan resah.Jangan bersusah hati sekiranya jodoh belum ketemu lagi.Damaikan hati dan sibukkan diri dengan pekerjaan yang bermanfaat di sekeliling kita..

Kepada pencari cinta sejati, pesanan yang aku petik dari kata-kata Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..”Bangkitlah membaiki peribadi, ubatilah hati, keluarlah dari kitaran sengsara yang membelengu diri, moga cinta hakiki akan kau miliki”…InsyaALLAH…

Serangkap petikan lagu dari lagu terbaru Siti Nurhaliza daripada albumya Lentera Timur:


Jenuh sudah merata mencari sirih,
Mencari sirih bertemu urat,
Jenuhlah sudah menantikan kekasih,
Kasih setia sepanjang hayat.

Pergi tak disuruh, datang tak diminta,
Andai sudah jodoh, InsyaALLAH…

Selasa, 10 Mac 2009

...salam maulidul rasul 1430H & selamat hari wanita...

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1430 Hijrah buat semua...

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Maulid Nabi...sempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW...Nabi kesayangan umat Islam...

"Ra" ertinya musim bunga. Ia penting bagi masyarakat Islam kerana Rasulullah lahir pada hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Lebih kurang kurun ke-3 Hijrah, umat Islam sering mensyukuri kelahiran Rasulullah ini dengan mengadakan majlis Maulidul Rasul dan membaca rawi kehidupannya (berzanji).

Nabi Muhammad turut diangkat menjadi rasul pada bulan ini, keluar dari Gua Thur untuk berhijrah ke Madinah pada 1 Rabiulawal dan akhirnya wafat pada hari Isnin dalam bulan Rabiulawal.

Di Melaka sambutan Maulidur Rasul agak meriah dengan adanya perarakan sambil berselawat, pertandingan marhaban, ekspo keagamaan di perkarangan Masjid Al-Azim, ceramah agama dan tidak ketinggalan artis jemputan seperti Rabbani dan Amy Search hadir bagi memeriahkan suasana Maulidur Rasul tahun ini.

Selama 3 hari bercuti, setiap hari saya menyelusuri Negeri Melaka untuk melihat bagaimana sambutan Bulan Dakwah yang diadakan di sini...nampaknya tidaklah hambar...saya memerhatikan keadaan sekeliling...walaupun dilanda keresahan gejala sosial muda-mudi di sini...tapi masih ada sinar Islam di jiwa anak-anak muda di sini...

Oohh tidak saya lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kerana bulan ini juga (Mac) adalah Hari Wanita Sedunia...

Girls will be lovers and turn into mother,
So mothers take care of your daughters too...
(Gadis adalah bakal kekasih dan bakal ibu,
Oleh itu, ibu jagalah anak gadismu juga...

Sedutan daripada lagu Daughters,
Oleh John Mayer.

Jumaat, 6 Mac 2009

...mari bersenandung...

mari bersenandung...
bersenandung sukma
jiwa berirama persona
hati menari penuh gelora
kalbu melirik manja
lagunya rancak dan gembira
sukma sedang berbahagia...
mari bersenandung...
bersenandung sukma...
namun
lagu bertukar pilu
lembut tiada berasa
jiwa berirama sendu
hati menari nestapa
kalbu melirik sayu
sukma bergetar merintih duka
mari kita terus bersenandung
berdendang gembira atau nestapa
rancak atau sebaliknya
ini kisah hidup
penuh citra dan warna
penuh sinis dan sendaloka
sang adiratna...
~~`setiap hari kehidupan anda adalah helaian sejarah anda' - Pepatah Arab~~

Khamis, 5 Mac 2009

Setitis tinta mula bersenandung...

Bismillahirahmanirrahim...
Salam kedamaian buat semua...
Pertama kali tinta bersenandung di alam maya ini...kerana minat dan ingin mengembalikan ilham dan mencurahkan bisikan nurani lalu melestarikan sebahagian impian diri ini....

Kata dan tinta seperti irama dan lagu yang penuh persona...semuanya berpadu tatkala jiwa membisikkan ilham...tiap sisi hari penuh citra dan rasa terpendam...betapa tingginya cinta pada seni...melihat sendiri dengan mata hati...membiarkan akal menerawang dan suara hati pun bersenandung meminta pena menari di sini...

Semoga senandung sukma dapat menzahirkan segala yang bersarang di minda...meneroka suara sukma sang adiratna yang penuh rasa suka, duka, pahit, manis kehidupan....