my solemnization day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Selasa, 17 Mac 2009











Sang Adiratna masih ingin bersenandung tentang kisah baitul muslim sementelahan bulan Mac ini merupakan musim cuti sekolah alias musim orang kahwin.Rasanya dekat 5 jemputan perkahwinan pada 15 Mac ini. Aku akan cuba menghadirkan diri walaupun tidak kesemuanya.InsyaALLAH.

Teristimewa aku dedikasikan ucapan “Selamat Pengantin Baru” pada seorang bekas rakan sekerja yang tidak pernah luput di hati…Kekanda ku yang dikasihi Wan Ahmad Ramzi bin Wan Yusuf bersama pasangannya Lily Mawarni Binti Haji Ramli yang telah pun membina mahligai impian meraka pada 8 Mac lalu. Mohon maaf kerana adindamu ini tidak dapat menghadirkan diri namun ku titipkan doa buat kedua mempelai.Semoga mahligai yang dibina kukuh hingga ke akhir hayat kalian berdua.

Aku dedikasikan juga ucapan istimewa ini kepada seorang sahabat yang bakal membina mahligai impian Mohd Fauzi Sarip bersama pasangannya Salina Mohd Salleh.Semoga baitul muslim yang bakal dibina mendapat barakah dan rahmat-Nya.

Tidak terlewat juga ucapan Selamat Berbahagia kepada Siti Nur’ain Ab Aziz dan suaminya.Walaupun blog ini lambat diterbitkan tapi aku tidak mahu ketinggalan meraikan kedua mempelai yang telah pun melangsungkan perkahwinan pd 24 Januari lalu. Masih boleh digelar pengantin baru. Semoga kalian terus teguh melayari bahtera rumahtangga yang penuh gelora dan badai. Jangan sesekali putus asa seandainya kapal karam seketika, tolaklah dengan sepenuh daya agar bahtera belayar seperti sediakala.

Tidak ketinggalan juga kepada yang sudah berumahtangga dah sehingga saat ini masih berjaya mempertahankan cinta, kasih dan sayang di hati…raikanlah cinta kalian setiap hari…setiap waktu…setiap saat.Setialah sehingga akhir waktu…

Kehidupan rumah tangga ibarat rempah ratus kehidupan harian yang perlu dilihat, dengar dan rasa.Ada suka, duka, syahdu, lentok, miang, pedas, pahit dan manis.Semuanya perlu ditempuhi dengan bijaksana. Sesekali pasti ada yang terkehel.Adatlah, lautan mana yang tak bergelombang, bukit mana yang tak runtuh dan kawasan rendah mana yang tak banjir…

Setiap pasangan saling perlu memerlukan antara satu sama lain.Ibarat cincin dengan permata.Tanpa permata cincin masih boleh dipakai tetapi seri dan kecantikannya tiada. Hanya mereka yang bersedia dari segi fizikal dan spiritual sahaja akan mampu tersenyum dalam mengharunginya.

Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan.” – Hadis


~~"Jika bahagia cinta dapat diwujudkan dalam perkahwinan, maka terciptalah syurga di atas dunia ini"- William Shakespreare~~








Tiada ulasan:

Catat Ulasan